Clinton, Trump Berdebat Saling Menghina

HEMPSTEAD, AMERIKA SYARIKAT – Dunia menyaksikan perdebatan agresif jam 9.00 pagi tadi (waktu Malaysia) antara Hillary Clinton dan Donald Trump dalam perebutan kerusi presiden AS apabila kedua calon tersebut saling membuat tuduhan dan penghinaan.

 

AFP melaporkan, kedua pesaing tersebut dilihat berkempen bermati-matian menjelang pilihan raya yang bakal berlangsung enam minggu lagi.

 

Clinton menggelar pesaing Republikan tersebut sebagai ketinggalan dan tersimpang jauh sehingga sanggup menjanjikan perkara gila dan tidak masuk akal semata-mata untuk dipilih rakyat.

 

Beliau yang menuduh Trump melancarkan kerjaya politik berteraskan pembohongan perkauman, dan menggunakan teori konspirasi “birther” yang mempersoalkan kewarganegaraan Presiden Barack Obama.

 

Manakala, Trump pula menggelar Clinton sebagai seorang ahli politik biasa yang cakap tak serupa bikin.

 

Ketika berdebat mengenai isu ekonomi, Trump menyalahkan Clinton dan kalangan politik sebagai penyebab AS kehilangan pekerjaan kepada Mexico dan China melalui perjanjian perdagangan yang tidak baik.

 

Kedua-dua calon menutup perdebatan presiden pertama itu dengan mengatakan mereka akan menerima keputusan sekiranya kemenangan berpihak kepada calon lain.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.