Cadangan Pilihan Raya Awal Di Selangor – PAN

SHAH ALAM – Pilihan raya negeri awal di Selangor bakal di cadangkan kerana persempadanan semula akan menjejaskan sokongan pengundi terhadap Pakatan Harapan di negeri itu, kata Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (PAN), Khalid Samad.

 

Beliau berkata, tiada keperluan bagi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk melakukan kajian persempadanan semula itu, malah mendakwa tindakan berkenaan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk merampas kembali Selangor.

 

“Kalau berlaku pertandingan tiga penjuru sekali pun, kami sedia lawan. Sepatutnya, barisan kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) tidak timbulkan isu berhubung kebimbangan bakal hilang Selangor hanya disebabkan PAS tiada bersama kita.

 

“Kalau PAS hendak kerjasama dengan UMNO dan BN, silakan dan kita bersedia. Kita juga difahamkan PAS sedang membentuk blok baharu pembangkang,” katanya memetik laporan sebuah portal.

 

Beliau turut mendesak Majlis Presiden Pakatan Harapan segera mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan syor persempadanan semula dan cadangan pilihan raya awal tersebut.

 

Katanya, tiada guna sekiranya pilihan raya diadakan selepas persempadanan semula.

 

 

Sebelum ini, DAP turut mendesak mengadakan pilihan raya awal bagi negeri itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.