Barisan Rakyat : Siapa Pemangsa Siapa Pula Jadi Mangsa

Sepanjang wujudnya parti pembangkang di negara ini, belum pernah mereka dapat bersatu dalam satu ikatan yang sah. Sejak 2004, sewaktu penubuhan Barisan Alternatif sehinggalah 2015 apabila tertubuhnya Pakatan Harapan, mereka sebenarnya tidak pernah didaftarkan secara sah.

 

 

Pakatan mereka ini tidak lebih dari sekadar mutual agreement dan masih bergantung harap kepada kepimpinan sedia ada. Lebih mengharukan, mereka langsung tidak mempunyai bendera dan logo rasmi dan masih mengekalkan idealogi parti masing-masing.

 

 

Kini, setelah setahun pembentukan Pakatan Harapan, pakatan pembangkang sekali lagi cuba membentuk satu gabungan baru yang dinamakan Barisan Rakyat. Penubuhan ini berasaskan cadangan Tun Dr Mahathir yang mahu semua parti pembangkang membentuk satu gabungan rasmi bagi menentang Barisan Nasional.

 

 

Keanggotaan Barisan Rakyat ini dikhabarkan terdiri daripada DAP, PKR, PAN dan parti baru yang diasaskan oleh Tun M sendiri, PPBM. Menurut Tun M, dengan terbentuknya Barisan Rakyat, misi dan perjuangan pembangkang dapat diselaraskan serta lebih tersusun berbanding sebelum ini.

 

 

Persoalannya, parti manakah yang akan menjadi teras kepada gabungan ini? Adakah, kesemua parti yang menganggotai Barisan Rakyat ini menyetujui parti ini akan mengepalai misi pembangkang pada setiap kali pilihan raya dan persidangan Dewan Rakyat?

 

 

Bukan satu rahsia apabila melihat, kesemua parti yang bakal menganggotai gabungan ini mempunyai visi dan idealogi tersendiri. DAP misalnya, mereka sentiasa mengagungkan istilah Malaysia Malaysian yang mana ia menyamaratakan hak setiap kaum di Malaysia. PKR pula adalah pentas buat Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melonjakkan dirinya bagi menjadi Perdana Menteri.

 

 

Bagi PAN pula, mereka tiada visi yang jelas selain daripada berhasrat mahu menguburkan PAS, parti induk mereka. PPBM pula, penubuhannya hanyalah sekadar mahu menjatuhkan Datuk Seri Mohd Najib dan menghancurkan UMNO.

 

 

Ini menjadikan mereka mempunyai visi yang jauh berbeza antara satu sama lain. Namun jika dilihat dari senioriti dan kosistensi perjuangan, DAP adalah pilihan utama mengetuai barisan ini. Malah, tidak keterlaluan, DAP bakal menjadi pemangsa untuk PPBM, PKR dan PAN dimana mereka pastinya akan menjadikan ketiga-tiga parti ini sebagai hamba mereka dalam politik.

 

 

Mungkin PKR mempunyai pendirian mereka yang tersendiri. Namun ianya bukan penghalang buat DAP menjadikan PKR sebagai puppet mereka bagi membantai PAN dan PPBM andai dua parti ini gagal menambah bilangan undi untuk Barisan Rakyat.

 

 

Bukan satu rahsia apabila DAP akan menggunakan apa jua cara termasuk mempergunakan individu yang tamakkan kuasa untuk membolehkan DAP semakin kukuh. Sebagai pemangsa, jika gagal mendapat makanan dari luar, apa sahaja yang ada disekelilingnya, pasti akan dimamah sehingga ke tulang.

 

 

Inilah yang mungkin akan berlaku sebaik sahaja Barisan Rakyat sah didaftarkan. Pada pandangan DAP, PPBM dan PAN adalah mangsa mudah untuk mereka makan dan sekaligus mendokrinkan PPBM dan PAN sebagai ejen DAP kepada bangsa Melayu. Bagi PKR, pendirian mereka belum cukup kukuh untuk membolehkan mereka menentang DAP walaupun pada hakikatnya, PKR berkeinginan menjadi pemangsa dalam Barisan Rakyat.

 

Tulisan;

Beruang Biru

27 September 2016

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.