Awie Hidap Penyakit Misteri

KUALA LUMPUR — Penyanyi rock Awie mengalami sakit kaki setiap kali terlibat projek berskala besar namun doktor mengesahkan dia tidak menghidap gout.

 

“Setiap kali terbabit persembahan atau projek besar, saya alami benda sama. Selain perubatan moden saya juga ada merujuk perubatan Islam,” katanya dilapor Harian Metro.

 

Awie, atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 48, berkata sakit misteri itu turut mengganggunya berlatih teater Tun Mamat dan Puteri Gunung Ledang yang akan dipentaskan pada 30 September dan 1 Oktober ini.

 

Bapa tunggal lima anak itu mengakui kesihatannya kini beransur pulih dan tidak mahu bergantung kepada ubat tahan sakit kerana kesan sampingan yang memudaratkan.

 

“Kalau ada antara kita ada hasad dengki dan berdendam, janganlah sampai melakukan perkara bertentangan syariat.

 

“Allah tetapkan semuanya dan tidak guna menggunakan cara tidak sepatutnya untuk memuaskan hati. Kalau ada yang melakukan perkara sebegitu, hentikannya,” katanya sebagai saranan kepada kenalan atau peminat. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.