Malaysia Tuai Emas Ketiga

Incheon – Kontinjen negara menuai pingat emas ketiga pada temasya Sukan Asia ke-17 di Korea Selatan, menerusi acara skuasy berpasukan wanita, hari ini.

Selaku juara bertahan, Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu, dengan mengetepikan saingan India 2-0.

Pemain negara, Delia Arnold menewaskan lawannya, Anaka Alankamony dengan 11-9, 12-10, 11-2.

Ia disusuli kemenangan 11-7, 11-6, 11-3 yang diraih Nicol ke atas Dipika Pallikal.

Ini adalah pingat emas keenam yang dimenangi Nicol, sejak beliau mewakili negara dalam temasya Sukan Asia.

Kontinjen negara menyasarkan satu lagi pingat emas daripada acara skuasy berpasukan lelaki, menerusi Ong Beng Hee, Ivan Yuen dan Nafiizwan Adnan dalam satu lagi aksi final menentang India hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.