Ezam Mohd Nor Tak Jadi Tubuh Parti Negara

Parti Negara yang dipimpin bekas senator Mohamad Ezam Mohd Nor tidak menjadi kenyataan selepas penajanya membuat keputusan tidak meneruskan pendaftarannya.

Setiausaha agung (penaja) parti itu Abdul Ghani Haroon berkata usaha itu tidak diteruskan bagi menumpukan usaha “memperkukuh organisasi sederhana sedia ada” dalam menghadapi suasana negara yang “amat tidak sihat dan berbahaya”.

“Ia suatu keputusan sukar bagi kami kerana proses pendaftaran Parti Negara sudah di peringkat akhir dan ikhitiar ini telah lama kami fikir dan lakukan,” katanya.

Abdul Ghani membangkitkan pendekatan beberapa kelompok dan parti-parti politik yang didakwanya melampau dalam menangani hidup bernegara.

Keputusan itu dibuat selepas pertemuan hari ini, menurut Abdul Ghani lagi.

Abdul Ghani juga berkata Ezam akan menyatakan secara khusus hala tuju dan tindakan lanjut mereka pada bulan depan.

Ia, katanya, tetap akan berpaksikan kepada cita-cita menjadikan Malaysia bebas rasuah.

Ezam, yang terkenal selepas menjadi orang kuat Anwar Ibrahim semasa reformasi 1998, pernah cuba menghidupkan Parti Bebas Rasuah.

Ahli politik yang terkenal dengan pidato lantangnya itu setakat ini telah terlibat dengan pelbagai parti, termasuk PKR, Umno dan Bersatu. – Mkini

Lain-lain berita;

Selepas Keluar PPBM, Khairuddin dan Ezam Nor Mahu Tubuh Parti Baru

Ezam Mohd Nor Keluar Parti Lagi

Ezam Dakwa Terima ‘Foto dan Video’ Bukti Politik Wang Dalam Pemilihan PKR

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close