Zainal Abidin Osman Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, meninggal dunia awal pagi Isnin akibat penyakit kanser darah (multiple myeloma).

Beliau yang berusia 58 tahun menghembuskan nafas terakhir pada jam 2.07 pagi di Hospital Ampang, Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Pulau Pinang dan dijangka dikebumikan selepas solat Asar di tanah perkuburan Masjid Sungai Acheh.

Berita pemergian Allahyarham disahkan isterinya, Nur Syafiqa Amirol Melvin.

Zainal Abidin yang merupakan bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO pernah memegang jawatan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah daripada 2006 hingga Mac 2008. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.