Kerajaan Rancang Perkenal Cukai Soda, Alasan Cegah Penyakit Kencing Manis

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mempertimbangkan mengenakan cukai soda terhadap minuman ringan, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, langkah itu dilihat mampu mengurangkan penggunaan gula dan sekali gus mengekang sakit kencing manis di negara ini.

Katanya, jumlah pengidap kencing manis di negara ini sangat tinggi dan rata-rata pesakit yang datang ke hospital didapati mempunyai masalah kencing manis.

“Kami mendapati terdapat sesetengah orang mengambil enam hingga tujuh botol minuman ringan sehari yang mana ia tidak diperlukan. Apa yang perlu adalah minum air kosong,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucap utama di Persidangan dan Pameran Bandar Raya 4.0 dan Perniagaan 4.0 Antarabangsa di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai cadangan mengenakan cukai soda terhadap minuman ringan sebagai sumber pendapatan negara. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.