Ibu Joy Revfa Buka Mulut

Masih lagi perihal rumah tangga Hafiz Hamidun dan Joy Revfa.

Terbaharu, ibu kepada Joy sendiri, Safiah Abbas turut memberi komen terhadap Hafiz di Facebook isu tidak sah perkahwinan yang didakwanya tempoh hari.

Safiah telah memuatnaik gambar sedutan episod Romantika Raya Hafiz Hamidun bersama anaknya menerusi laman Facebook miliknya dengan kapsyen

“Jom kita saksikan..katanya astro beri sebilik suami isteri ke Taiwan. Boleh pula gi honeymoon kata tak sah…Pening3 memang pening Netizen..”

Disamping itu, Safiah turut mengucap syukur setelah mendengar penjelasan JAIS dan dapat menjawab semua persoalan dan kebenaran pada pihak Joy dan keluarganya.

“Alhamdulillah..semoga penjelasan JAIS dapat menjawab semua persoalan dan kebenaran pada pihak kami.

“Segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Terima kasih kepada semua rakan-rakan yang mendoakan kami sekeluarga dan kami doakan anda semua sentiasa berbahagia dan tabah dalam menjalani kehidupan. Allah sentiasa menguji hamba yang disayanginya. InshaAllah pengakhiranya yang baik juga kepada besan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Safiah turut mendoakan anak perempuan agar ditemukan dengan suami yang baik.

“Ya Allah, kurniakanlah aku menantu-menantu lelaki yang mampu memberi nafkah zahir & batin untuk anakku. Happy tengok kawan-kawan ada ramai cucu.”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Open

Close