YB Manivanan Batal Penyertaan Dalam Forum Anjuran SuaraTV

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kapar, YB Manivanan Gowin telah menarik diri dari “Forum: Selangor Di Bawah Azmin Ali” yang akan berlangsung malam ini, jam 8.30 malam bertempat di Gloria Jeans, Wisma Nusantara, Menara KL yang dikendalikan Suara TV.

 

Keadaan itu telah membuatkan YB Manivanan dilihat seperti cuba untuk melarikan diri daripada pihak media bagi menjawab persoalan mengenai kontroversi isu DEIG dan seumpamanya yang berlaku dalam kerajaan negeri Selangor.

 

Menurut Editor Suara TV, Selasa lalu Manivanan telah menyatakan bersedia untuk bersama-sama menjayakan forum tersebut.

 

Bagaimana pun dalam kenyataan terbarunya beberapa jam sebelum forum berlangsung, YB Manivanan menyatakan rasa terkejut dengan penyebaran poster forum anjuran SuaraTV yang memaparkan pembabitan beliau dengan beberapa individu lain.

 

“Saya dihubungi oleh SuaraTV hari Selasa mengenai cadangan forum isu semasa. Saya tidak dimaklumkan mengenai kandungan atau ahli panel yang lain.

 

“Setelah mendapat maklumat pagi ini dan setelah memperolehi poster forum sebentar tadi, saya dengan tegas memaklumkan bahawa saya tidak akan terlibat di dalam sebarang percubaan untuk mengalihkan isu 1MDB dengan menimbulkan isu-isu lain dan menyerang kerajaan Selangor.

 

“Saya memohon supaya SuaraTV tidak melibatkan saya di dalam program itu dan berhenti mengaitkan saya dengan forum tersebut,” katanya.

 

“Forum: Selangor Di Bawah Azmin Ali” malam ini bagaimanapun tetap diteruskan seperti dijadualkan dengan penampilan YB Budiman Mohd Zohdi dan Pengasas SAMM, Chegu Bard.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.