Video: Demonstrasi Keberkesanan ‘Taser Gun’ Oleh PDRM

Kuala Lumpur – Sebuah klip video yang menunjukkan demonstrasi ‘Taser Guns’ oleh pihak polis tentang kesan penggunaan senjata kejutan elektrik kepada badan manusia.

 

Video berdurasi 2.48 minit itu dimuat naik di laman Facebook ‘Friends of PDRM’.

 

Dalam video tersebut, beberapa orang pegawai berbaring untuk dilakukan ujian oleh pegawai lain.

 

‘Subjek ujian’ kelihatan mengerang kesakitan dan seolah-olah lumpuh seketika akibat arus renjatan senjata itu.

 

 

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim menafikan dakwaan polis akan menggunakan senjata taser itu dalam demonstrasi Bersih 4.0 sebagai sebahagian daripada senjata anti rusuhan mereka.

 

“Senjata Taser itu terbukti secara saintifik bagi melumpuhkan penjenayah, dan kita akan menggunakannya pada masa akan datang apabila keadaan memerlukan,” katanya.

 

Perhimpunan itu dijangka akan diadakan pada hujung minggu ini di mana ianya dianjurkan oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) yang menuntut pilihanraya yang bersih, kerajaan bebas rasuah, dan hak untuk membantah, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan memulihkan ekonomi negara.

 

Pihak polis Kuala Lumpur sebelum ini menyatakan bahawa perhimpunan Bersih 4.0 adalah haram serta tidak memenuhi syarat kelayakan untuk berhimpun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.