Polis Buka Kertas Siasatan Ke Atas Kumpulan Anti-Bersih

Kuala Lumpur – Kumpulan baju merah yang dikenali sebagai Kumpulan Anti-Bersih bakal disiasat oleh pihak polis berhubung himpunan mereka di pusat beli-belah Sogo pada Selasa lalu.

 

Siasatan dilakukan menerusi Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman.

 

“Pada hari ini polis akan panggil penganjur dan peserta untuk rakam percakapan jam 3 petang di IPD Dang Wangi,” demikian menurut jurucakap polis Dang Wangi.

 

Dua hari lalu, kumpulan baju merah berkenaan berhimpun di luar Sogo untuk menyatakan bantahan mereka terhadap Himpunan Bersih 4.0 yang akan diadakan 29 dan 30 Ogos nanti.

 

Ia diketuai oleh Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos.

 

Himpunan mereka mendapat perhatian selepas memaparkan aksi-aksi lasak, apatah lagi dikatakan peserta-peserta itu juga berlatih menggunakan parang untuk mempertahankan diri pada himpunan dua hari itu nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.