Lelaki Cedera Dihempap Kren

Kuala Lumpur – Seorang lelaki berusia 30 tahun cedera selepas dihempap sebuah kren yang jatuh di tapak pembinaan di Persiaran Bandar Utama, Petaling Jaya di sini hari ini.

 

Perkara tersebut disahkan Pihak Bomba dan Penyelamat Selangor menerusi laman sosial Twitternya, Bomba_Selangor, sebentar tadi.

 

Menurut kenyataan tersebut, pihak bomba berjaya menyelamatkan mangsa yang tersepit selepas kren jatuh pada ketinggian 30 kaki.

 

Mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk mendapatkan rawatan lanjut.

 

Sehingga kini, pihak polis masih menyiasat punca kejadian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.