Jaclyn Victor Selamat Lahir Bayi Lelaki

KUALA LUMPUR – Penyanyi Jaclyn atau nama sebenarnya Jaclyn Joshua Thanaraj Victor, 37, selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada Isnin lalu.

 

Jac dan suaminya iaitu anggota kumpulan R & B terkenal, AZ Yet, Shawn Rivera meluahkan rasa teruja di laman sosial Instagram dengan kelahiran cahaya mata sulung seberat 3.48 kilogram.

 

Juara Malaysian Idol musim pertama itu berkata, beliau bagaimanapun masih belum menetapkan nama yang sesuai buat anak lelakinya. Jac berkata, beliau begitu terharu dengan ucapan indah yang diberikan kepada beliau sekeluarga.

 

Terdahulu, Jaclyn berkahwin dengan Rivera di sebuah gereja di Philadelphia, Amerika Syarikat pada tanggal 19 Julai tahun lalu.

 

Difahamkan, Jaclyn dan Rivera, 40, berkenalan buat pertama kali ketika mereka bekerjasama dalam lagu Magical Moment terbitan KRU Studios, awal tahun lalu.

 

Rivera yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet yang popular pada era 90-an kini bergiat aktif sebagai penulis, produser dan ahli muzik yang menetap di AS. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.