Doktor Cuai Tarik Bayi Hingga Putus Kepala

INDIA – Seorang wanita mati selepas doktor meninggalkan kepala bayi yang dilahirkannya di dalam rahimnya selepas menarik keluar bayi itu.

 

Geeta Devi, 32, dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan di Shahjahanpur, Uttar Pradesh, utara India Sabtu lalu selepas mengalami kesakitan kerana hendak bersalin.

 

Bagaimanapun, dia mati beberapa jam kemudian selepas doktor menarik bayi perempuan yang dilahirkannya hingga menyebabkan kepala bayi itu terputus di dalam rahimnya.

 

Lebih buruk lagi, Geeta dibiarkan kesakitan dan dihantar ke sebuah hospital lain dengan kepala bayinya masih di dalam rahimnya.

 

Di hospital di Bareilly, doktor berjaya mengeluarkan kepala bayi itu, tetapi gagal menyelamatkan nyawa wanita berkenaan. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.