1,000 Ahli, Penyokong DAP Dominasi Himpunan PraBersih Di Johor

BATU PAHAT – Kira-kira 1,000 orang menyertai Himpunan pra Bersih 4.0 yang diadakan di Dataran Penggaram, di sini malam semalam.

 

Adun Penggaram, Gan Peck Cheng berkata, himpunan berkenaan dianjurkan oleh Pusat Khidmat Adun Penggaram dan bermula pada jam 9.00 malam

 

Katanya, perhimpunan yang berjalan selama 30 minit itu adalah sebagai sokongan untuk perhimpunan Bersih 4.0 yang bakal diadakan di ibu negara penghujung minggu ini.

 

“Kira-kira 1,000 lebih orang ramai yang hadir terutamanya di kalangan ahli DAP di daerah ini yang menunjukkan sokongan terhadap himpunan yang bakal diadakan di ibu negara

 

“Sokongan dapat dibuktikan dengan kehadiran mereka selain kami turut menerima sumbangan sebanyak kira-kira RM5,400 untuk Bersih 4.0 nanti,” katanya

 

Hadir sama dalam himpunan berkenaan adalah Adun Yong Peng, Chew Peck Choo dan Ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Idris Jusi. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.