Wanita India Bunuh Harimau Dengan Sabit

New Delhi – Seorang wanita berusia 56 tahun berjaya membunuh seekor harimau bintang yang menyerangnya dengan sebilah sabit.

Wanita itu, Kamla Devi, sedang bekerja di ladangnya ketika harimau berkenaan menerkam.

Dia memberitahu stesen penyiaran India, CNN-IBN mengenai bagaimana dia bergelut dengan harimau terbabit selama setengah jam Ahad lalu sebelum berjaya membunuhnya dengan sabit.

“Harimau itu menerkam saya beberapa kali. Lama juga saya cuba mempertahankan diri,” katanya di katil hospital di mana beliau mendapat rawatan di Uttarakhand.

Tambahnya: “Apabila diterkam, saya capai sabit dan terus lawan. Selepas itu harimau terbabit mati,” katanya.

Devi, yang menjadi janda sejak beberapa tahun lalu, memberitahu Hindustan Times dia sememangnya ‘takut’ apabila diterkam harimau berkenaan tetapi enggan mengaku kalah.

“Saya kumpulkan semangat saya dan lawan balik. Saya berjanji bahawa ini bukan hari terakhir saya,” katanya. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.