Video: Maklumat Operasi Bocor, Penguasa Judi Haram Dan Maksiat Berjaya Larikan Diri

Kuala Lumpur -Ekoran operasi  bersepadu secara besar-besaran yang dijalankan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan sebelum ini, beberapa pengusaha permis judi haram dan maksiat dikatakan mula ‘panas’ dan tidak senang duduk.

Malah sejak akta pencegahan jenayah diwartakan pada 1 April tahun ini pihak berkuasa telah berjaya melakukan beberapa tangkapan dan menutup permis yang menjalankan operasi secara haram itu.

Namun di sebalik usaha yang dilakukan itu, SuaraTV dimaklumkan berlaku kebocoran maklumat sehingga menyebabkan beberapa pengusaha permis haram berjaya melarikan diri.

“Mungkin ada dalang dan tali barut yang memberikan maklumat, sehingga menyebabkan mereka berjaya mengosongkan premis sebelum serbuan dilakukan” menurut saksi kepada SuaraTV sebentar tadi.

Menurut saksi yang enggan mendedahkan identiti itu, permis judi haram dan kedai urut yang beroperasi tidak jauh dari pejabatnya itu seolah-olah dapat menghidu pergerakan pihak berkuasa.

“Setiap kali sebelum operasi dijalankan, mereka (pengusaha permis) akan membawa semua barang keluar dari kedai.

“Bila operasi dijalankan, pihak berkuasa akan mendapati kedai tersebut telah kosong” katanya lagi.

Beliau turut menjelaskan bermula dari pukul 5.00 petang tadi, beberapa permis mesin judi haram dan pusat maksiat yang beroperasi di Rampai Business Park  berhadapan Restoran Razz Maju dilihat telah mula mengosongkan bangunan mereka.

“Saya yakin dalam beberapa hari lagi pasti pihak berkuasa akan menjalankan operasi” katanya lagi.

Pihak kementerian dalam satu kenyataan sebelum ini telah memberikan amaran kepada mereka yang berdegil dan ingin meneruskan aktiviti haram di ibukota.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Seri Adnan bin Haji Md Ikshan beliau turut tidak menolak kemungkinan berlakuknya kebocoron maklumat terhadap operasi yang dijalankan itu, apabila mendapati sebahagian daripada permis telah kosong sebelum operasi banteras yang dijalankan pihak berkuasa.

“Pihak kami akan sentiasa memantau dan akan berusaha bagi memastikan perkara itu tidak berulang kembali” ujarnya lagi.

Adnan turut menyeru masyarakat agar turut sama membantu pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berhubung aktiviti perjudian haram dan maksiat bagi menyokong usaha tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.