Titah Tuanku Sultan Tepat Dan Bijaksana, Yakin Rakyat Puas Hati – YDP Perkasa Selangor

Shah Alam – Yang DiPertua PERKASA Selangor, Saudara Abu Bakar Yahya  hari ini menyatakan, pertubuhan itu menjunjung tinggi titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menangguhkan permohonan perletakkan jawatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sehingga MB Selangor baru ditentukan.

“Ini akan memastikan pentadbiran kerajaan negeri Selangor berjalan dengan lancar dan teratur sementara menanti pencalonan dan perlantikan Menteri Besar yang baharu,” kata Abu Bakar Yahya dalam satu kenyataan.

“Titah Tuanku agar setiap pemimpin parti PAS, PKR dan DAP mencadangkan lebih dari dua nama daripada parti masing-masing sebagai calon MB Selangor merupakan satu keputusan yang bijaksana kerana ia akan memudahkan Sultan untuk menentukan calon yang berkelayakan dan seterusnya memberi perkenan untuk melantik mana-mana calon yang difikirkan layak menggantikan Khalid.”

“PERKASA Selangor amat yakin dan percaya bahawa majoriti rakyat Selangor sangat berpuas hati dengan titah Tuanku Sultan Selangor yang di buat demi kepentingan rakyat,” tegas Abu Bakar.

“Rakyat Selangor juga harus memahami dan mengetahui bahawa kuasa untuk memilih calon Menteri Besar mengikut perlembagaan negeri terletak di tangan Tuanku,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.