SPRM: Bekas Pemain Bola Sepak Antara 8 Ditahan

Dungun – Dua bekas pemain bola sepak antara lapan individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Terengganu tahun ini, bagi membantu siasatan atas kesalahan memberi dan menerima suapan serta memberi kenyataan palsu.

Pengarahnya Zainal Adam berkata turut ditahan seorang penjawat awam dan seorang Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dan kesemua yang ditahan berusia antara 22 dan 52 tahun.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan satu kes melibatkan PATI telah di hadapkan ke mahkamah.

“Tahun lepas kita berjaya menahan 11 individu atas kesalahan membabitkan kesalahan memberi dan menerima suapan,” katanya yang ditemui pada Pertandingan Menembak anjuran SPRM Terengganu 2014 bersama Ketua-Ketua Jabatan, Swasta dan Media di Pulapol Zon Timur di sini hari ini.

Katanya bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini 274 maklumat berkaitan rasuah diterima berbanding 268 pada tahun lepas.

Zainal berkata bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini pihaknya membuka 76 kes kertas siasatan berbanding 21 kes tahun lepas.

“Berdasarkan statistik pada tahun ini menunjukkan sedikit peningkatan iaitu berdasarkan maklumat yang diterima dan kertas siasatan yang dibuka berbanding tahun lepas ekoran dasar strategi yang kita wujudkan iaitu program merakyatkan SPRM awal tahun ini,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.