PKR Dan DAP Sepakat Kekalkan Wan Azizah Sebagai Calon Tunggal

Shah Alam  – PKR dan DAP kekal dengan keputusan menamakan satu sahaja nama sebagai calon menteri besar iaitu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor.

Menurut kenyataan media bersama itu, keputusan Sultan Selangor sejajar dengan konvensyen pelantikan menteri besar pada 2013 dan pada ketika itu, PR hanya menamakan satu nama sahaja.

“…parti-parti Pakatan Rakyat telah mencalonkan satu nama iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim untuk dipertimbangkan DYMM Tuanku Sultan Selangor dalam tahun 2013. Pencalonan ini diperkenankan dan diterimapakai oleh DYMM Tuanku Sultan Selangor,” ujar kenyataan itu.

PKR dan DAP memutuskan hanya menamakan Wan Azizah ekoran beliau sudah mendapat sokongan majoriti sekurang-kurangnya 30 orang Adun (termasuk dirinya sendiri).

2 thoughts on “PKR Dan DAP Sepakat Kekalkan Wan Azizah Sebagai Calon Tunggal

  • August 27, 2014 at 11:26 am
    Permalink

    Biadap tahap dinasour…. sgt2 komunis dh PKR ni..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.