PBT Negeri Sembilan Perluaskan Sistem Baru Kutip Sisa Pepejal

Seremban – Syarikat konsesi SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) kini memperluaskan sistem baharu perkhidmatan kutipan sisa pepejal di lima kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Sembilan.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, kawasan terbabit ialah Majlis Daerah Rembau, Majlis Daerah Tampin, Majlis Daerah Kuala Pilah, Majlis Daerah Jempol dan Majlis Daerah Jelebu.

“Sistem baharu ini bermaksud kutipan sisa isi rumah dan organik akan dilakukan dua kali seminggu, manakala kutipan sisa yang boleh dikitar semula, sisa pukal dan sisa kebun satu kali seminggu berbanding kaedah lama semua sisa dikutip tiga kali seminggu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Tambahnya, sistem baharu itu sejajar dengan hasrat kerajaan bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dan pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam, sekali gus meningkatkan kadar kitar semula, mengurangkan tekanan di tapak pelupusan sampah serta membentuk rakyat lebih mesra dengan alam sekitar.

Maklumat berkenaan jadual kutipan sisa pepejal boleh didapati di laman sesawang www.swm-environment.com/microsite/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.