PASMEB Gembira Sultan Kekalkan Khalid

Shah Alam – Jawatankuasa PASMEB, Rosmah Suli menyatakan bahawa beliau gembira di atas keputusan yang dibuat oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Kami gembira atas keputusan hari ini yang mana Sultan telah menetapkan Khalid terus kekal sebagai menteri besar,” katanya di luar lobi SUK.

Jelasnya, sebagai anak jati Selangor, pihaknya akan bangkit bagi mempertahankan Khalid Ibrahim.

Wanita PASMEB itu turut bersorak “Kalau anda rasa gembira, tepuk tangan,” sorakan tersebut diulang beberapa kali.

Sebentar tadi, Sultan Selangor telah menitahkan agar setiap pemimpin parti PAS, PKR, dan DAP mencadangkan lebih dari dua nama sebagai calon Menteri Besar Selangor, bagi memudahkan Sultan Selangor untuk menentukan calaon-calon yang berkelayakan.

Selain meneruskan amalan konvensi yang diamalkan secara berterusan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.