MAS Di Desak Henti Jualan Arak, Tutup Aurat Pramugari

Kuala Lumpur – Akhbar Sinar Harian hari ini melaporkan desakan pelbagai pihak agar syarikat penerbangan negara Malaysia Airlines (MAS) menerapkan budaya berlandaskan syarak dengan menghentikan hidangan arak dan menukar pakaian kru dengan imej yang lebih sopan.

Muka depan akhbar edisi Selangor dan Kuala Lumpur itu memaparkan teks ‘henti arak, tutup aurat’ manakala muka surat kedua dan ketiga memaparkan lima artikel berita dan reaksi berkaitan gesaan ini.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata pihaknya sedia menggerakkan orang ramai melakukan bantahan jika MAS terus menyediakan arak dalam penerbangannya.

Tambahnya, MAS tidak perlu tunduk kepada permintaan penumpang dan tidak akan rugi jika menghentikan hidangan arak.

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Pekerja MAS (Maseu) Mohd Jabbarullah Abd Kadir berkata, pihaknya sudah lama menyuarakan soal pemakaian pramugari, namun sehingga kini belum mendapat maklum balas.

MAS kini menjadi tumpuan sejak kejadian penerbangan pesawat MH370 yang terhenti di Lautan Hindi pada 8 Mac lalu semasa dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.

Empat bulan kemudian pada 17 Julai, pesawat penerbangan MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur telah ditembak jatuh di Ukraine.

Terbaru, penerbangan MH70 yang sedang menuju Tokyo terpaksa berpatah balik selepas 50 minit berlepas dari Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.