Mantan Mufti Wilayah, Datuk Hashim Yahya Kembali Ke Rahmatullah

Shah Alam –  Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Md Hashim Yahya disahkan meninggal dunia hari ini dalam usia 75 tahun, lapor Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Menurut status terkini laman Facebook ABIM Pusat, Hashim yang juga mantan pimpinan ABIM Wilayah Persekutuan meninggal lebih kurang jam 1.50 petang di Hospital Al-Islam.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di No 90 Jalan 9/6 Seksyen 9 Shah Alam untuk diuruskan dan dikebumikan di Shah Alam jam 5.30 petang ini.

Mula bergelar pensyarah seawal tahun 70-an, Hashim kemudian ditawar menjadi  mufti di Wilayah Perseketuan bermula tahun 1997 hingga 2003.

Beliau yang juga lulusan Universiti Al Azhar pernah berkhidmat sebagai pensyarah di Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Selain itu, beliau juga pernah menjadi ahli lembaga pengarah Muzakarah Fatwa Kebangsaan, penasihat syariah di institusi kewangan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad.

Institusi kewangan lain termasuk Suruhanjaya Sekuriti, Syarikat Takaful, Bank Rakyat, Southern Bank, Islamic Banking Department of Malaysia Rating Corporation Berhad dan Maybank Dana Yakin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.