Kumpulan Pertama Jemaah Haji Yayasan 1MDB Selamat Berlepas

Sepang – Sebanyak 256 jemaah haji yang merupakan kumpulan pertama Program Khas Haji Perdana Menteri- Yayasan 1MDB selamat berlepas ke Madinah dengan menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH8000 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Mereka berlepas pada pukul 9 pagi dan dijangka tiba pada pukul 12.50 tengah hari waktu tempatan (5 petang waktu Malaysia).

Selain jemaah haji yang dipilih dalam kalangan imam dan ketua kampung, turut berlepas bersama mereka ialah 23 petugas Tabung Haji.

Kumpulan kedua program tersebut akan berlepas pada pukul 1.30 pagi ini melibatkan sebanyak 434 jemaah manakala kumpulan ketiga berlepas pada pukul 1.30 pagi keesokan harinya melibatkan sebanyak 310 jemaah.

Sebanyak 1,000 imam termasuk ketua kampung dari 199 bahagian di seluruh negara terpilih dalam program kali ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.