Isu ‘Perang Besar’: Sharnaaz Dan Azwan Ali Akan Dipanggil

“Untuk aktiviti ringan dan hiburan, bolehlah nak selfie,” tegas Presiden Karyawan Malaysia, Datuk Freddie Fernandez, berhubung kemelut yang berlaku antara dua selebriti ini.

Menurut Freddie, sebagai golongan selebriti yang sering menjadi perhatian, mereka perlu bijak melihat keadaan atau suasana sebelum berselfie.

“Kita haruslah menghormati suasana pilu di hari perkabungan tersebut walau dengan macam mana riak muka sekalipun, ia tetap tidak sesuai.

“Apa yang ditegur Sharnaaz itu ada betulnya dan saya berharap Azwan Ali akan lebih sensitif selepas ini,” katanya yang mengharapkan pendamaian di antara kedua artis ini.

Menyifatkan pertelingkahan ini sebagai isu yang tidak perlu berlanjutan, Freddie memberitahu, Karyawan akan memanggil kedua-dua selebriti itu sekiranya perkara ini tidak dapat diselesaikan secara aman.

“Saya harap, ia akan berakhir di Twitter sahaja. Lagipun, masing-masing sudah mengeluarkan ‘paku buah keras’ masing-masing. Cukup-cukuplah tu…

“Kalau mereka masih meneruskan perang ini, kami akan memanggil dan cuba menyelesaikannya,” katanya yang akan menyemak keahlian kedua selebriti ini sebagai rujukan.

Sementara itu, Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M), yang dihubungi enggan mengambil pusing mengenai permasalahan ini dan menganggap ia sebagai perkara remeh.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam, yang dikenali sebagai Lis, YA1M tidak berminat untuk mencampuri isu peribadi dalam kalangan artis.

Malah, sebelum ini, badan dan persatuan yang sering tampil dalam menyelesaikan masalah artis hanyalah Karyawan dan Persatuan Seniman Malaysia sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.