Helikopter Misi PBB Terhempas, Tiga Terkorban

Juba – Sebuah helikopter kargo milik misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhempas menyebabkan tiga terkorban di wilayah perang di Sudan Selatan, lapor misi pengaman sambil menyatakan kebimbangan mengenai nasib anak-anak kapal yang lain.

Misi pengaman PBB berkata, pihaknya menghantar pasukan mencari dan menyelamat ke kawasan kejadian, yang terletak berhampiran bandar Bentiu di utara negara itu.

Helikopter Mi-8 buatan Russia itu sedang dalam perjalanan dari Wau ke Bentiu, sebelum terhempas kira-kira 10 kilometer di selatan Bentiu.- DPA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.