Video: Dua Model Dengan Pakaian Separuh Bogel Di IPoh, Didenda RM400

Ipoh – Dua model yang berpakaian menjolok mata ketika sesi fotografi di lampu isyarat Jalan Sultan Yusof di sini kelmarin, mengaku salah di Mahkamah Majistret sebentar tadi.

Model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan model wanita, How Jo Yee, 21 didakwa secara bersama menimbulkan kegusaran awam di lampu isyarat berkenaan yang juga di depan sebuah bank pada jam 9 pagi, 25 Ogos lalu.

Majistret Haslinda A Raof menjatuhi hukuman denda RM400 setiap seorang atau penjara sebulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd Jeffery Ong manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Andrew Soong.

 

Baca: Video: Sesi Fotografi Separuh Bogel Di Tengah Bandaraya Ipoh

 

Baca: Pengantin ‘Kreatif’, Penggambaran Separuh Bogel Dikhalayak Ramai

 

Baca: Pasangan Aksi Separuh Bogel, Bakal Dikenakan Denda Sebanyak RM100?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.