‘Celaka UMNO’ : Rayer Didakwa Dua Tuduhan Dibawah Akta Hasutan

Pulau Pinang – Mahkamah Sesyen George Town hari ini mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima RSN Rayer yang mengeluarkan kenyataan “celaka celaka Umno” dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang sebelum ini, dengan dua pertuduhan.

Rayer pada mulanya didakwa di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Zulhazmi Abdullah yang membenarkan ikat jamin RM3,000 dan menetapkan 17 Oktober untuk tarikh sebutan semula.

Rayer selepas itu dibawa ke mahkamah lain di Mahkamah Sesyen George Town dan didakwa pertuduhan lain di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataan yang sama.

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu ketika menyampaikan ceramah di Jalan Delima pada 22 Mei ketika kempen Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor yang mengaitkan kenyataannya “celaka Umno” itu.

Rayer mengaku tidak bersalah dan minta dibicara selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zanariah Hussain.

Beliau juga berdepan dengan dakwaan alternatif di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuat ucapan yang mengganggu ketenteraman awam.

Rayer turut minta dibicarakan untuk dakwaan alternatif itu.

One thought on “‘Celaka UMNO’ : Rayer Didakwa Dua Tuduhan Dibawah Akta Hasutan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.