Berpuluh Mayat Pelarian Afrika Terdampar Di Pantai Libya

Mayat sekumpulan pendatang asing warga Afrika ditemui terdampar akibat lemas di pantai kira-kira 30 kilometer timur Tripoli.

 

Kejadian itu berlaku selepas lebih 200 pekerja asing dikhuatiri lemas apabila sebuah bot yang mereka naiki tenggelam lebih kurang sebatu dari pantai Libya ketika mereka cuba untuk ke tanah besar Eropah.

 

Menurut pengawal pantai tempatan, kapal kecil yang dipenuhi lelaki, wanita dan kanak-kanak karam lewat Jumaat lalu.

 

Abdel-Latif Ibrahim berkata, lebih 16 orang berjaya diselamatkan termasuk lima kanak-kanak.

 

Jurucakap pengawal pantai Libya Abdellatif Mohammed Ibrahim berkata: “Beberapa batu daripada pantai, mereka menemui mayat dalam bot kayu yang dinaiki sebahagian daripada 200 pendatang asing tersebut.

 

Pekerja penyelamat menarik mayat pendatang asing ke darat di pantai al-Qarbole.

 

“Kami berjaya menyelamatkan 16 orang dan menemui 15 mayat. Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan kerana 170 orang masih lagi hilang.”

 

Beliau menambah: “Difahamkan antara mereka adalah warga Somalia dan Eritrea serta rakyat negara lain. Bayi berusia 18 bulan antara yang terkorban dalam kejadian malang itu.

 

Sekurang-kurangnya, 3,500 pendatang asing dengan 19 mayat berjaya ditemui sejak Jumaat. Kapal Sirio dari Itali berjaya menemui 18 mayat sementara 73 orang diselamatkan menggunakan rakit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.