Digelar ‘budak Hamzah’, Ketua Cawangan UMNO saman Lokman Adam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Cawangan UMNO UMNO Kampung Melayu Batu Caves Selatan, Syed Muhammad Imran menyaman Ahli Majis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam kerana memfitnah beliau.

Jelas beliau, wakil peguamnya telah menghantar surat saman kepada Lokman Noor Adam susulan dakwaan memfitnahnya sebagai ‘budak Hamzah (Datuk Seri Hamzah).

“Kita telah hantar surat saman kepada beliau untuk jawab dalam masa tujuh hari, saya tak pasti beliau sudah terima atau belum surat saman berkenaan untuk permohonan maaf.” katanya dalam sidang media di ibu negara sebentar tadi.

Sementara itu pada sidang media tersebut, Syed berkata, penyokong-penyokong bekas Perdana Menteri ke-6 Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak akan memberi sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan.

Jelas Syed, sebagai ahli UMNO, pihaknya telah hilang kepercayaan terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Tegas Syed, Ahmad Zahid menjadikan parti UMNO seperti milik individu.

Malah katanya lagi, Ahmad Zahid menggunakan kuasanya untuk menyingkirkan melalui pemecatan dan pengantungan keahlian kepada sesiapa yang menyuarakan kritikan dan pendapat yang bertentangan dengan beliau.

 

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat