Watsons Tambah Barisan Mandian Bayi Iaitu Rubber Duck Dan Power Panda

Petaling Jaya – Watsons Malaysia, peruncit barangan kecantikan dan kesihatan terkemuka Asia menambah barisan mandian bayi dengan menampilkan lapan produk unit simpanan stok (SKU) daripada dua rangkaian jenama Against24 iaitu Rubber Duck dan Power Panda.

Pengurus Besar dan Ketua Negaranya Caryn Loh berkata, kerjasama dengan Against24 untuk memasarkan produk berkenaan di pasaran tempatan sejajar dengan komitmen Watsons Malaysia dalam menawarkan produk terbaik menerusi segmen penjagaan kulit dan kesihatan kepada pelanggannya.

“Jenama produk mandian terkenal dari Taiwan diformulasikan dengan teknologi SDC Ag+, menjadikannya agen anti-bakteria terbaik dengan perlindungan sehingga 99.99 peratus, selain ringan dan lembut pada permukaan kulit.

“Against24 adalah jenama produk mandian anti-bakteria yang terbukti berkesan melindungi keluarga daripada virus dan bakteria yang diperakui Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat serta Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Taiwan,” katanya pada majlis pelancaran rangkaian Rubber Duck dan Power Panda, di sini, baru-baru ini.

Caryn berkata, pihaknya akan terus bekerjasama dengan jenama produk berkualiti tinggi untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan.

Katanya, rangkaian Rubber Duck dan Power Panda boleh digunakan semua golongan termasuk bayi dan orang dewasa serta berada di pasaran sejak dua minggu lalu di cawangan terpilih.

“Kami berhasrat meluaskan capaian pelanggan ke lebih banyak cawangan dan bakal menambah lebih banyak SKU jika mendapat permintaan tinggi,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.