Video: Pulau Pinang Menang Selepas Penyokong Buat ‘Ritual Raja Bomoh’

KUALA LUMPUR – Badi kekalahan pasukan bola sepak Pulau Pinang berakhir setelah pasukan itu meraih tiga mata menundukkan Pahang dalam aksi Liga Super di Stadium Negeri, Batu kawan malam tadi.

Sebelum itu, viral di media sosial beberapa penyokong Pulau Pinang melakukan ritual ‘Raja Bomoh’ sebagai simbolik membuang badi kekalahan pasukan tersebut.

“Kami sekarang di Stadium Negeri Pulau Pinang, kami nak buat satu amalan ritual memandangkan tak pernah menang di stadium ini jadi saya bersama kawan saya, Hafiz dan saya Ajo, kami akan cuba menghalau sial-sial ini semua.

“Susah sangat nak dapat tiga mata,” katanya sambil memulakan ritual dengan mengangkat dua biji kelapa.

Aksi ritual tersebut bagaimanapun sekadar lawak parodi semata-mata namun mencuri perhatian netizen apabila ramalan Pulau Pinang menang 2-0 benar-benar menjadi kenyataan.

“Memang dah betul pun… Ada jin kot yang buat Penang kalah tu… tengokk.. Menang pun sama aih.. 2-0 juga tu dengan Pahang… Kebetulankah atau memang ada ‘sesuatu’,” ulas Suedeane Hafiz secara berseloroh.

“Bomoh ni power Pahang kna 2-0 Hahaha,” komen Asyraaf Subri pula.

Kemenangan 2-0 ke atas Pahang itu menyelamatkan Pulau Pinang daripada tersingkir ke Liga Perdana pada musim depan. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.