Video: Mahu Jadikan Bahasa Melayu Bahasa Perantaraan Utama Asean

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluahkan keinginannya mahu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa perantara utama di Asean.

Menurut beliau, dalam usaha kerajaan menjadikan negara Malaysia sebuah negara maju, bahasa Melayu juga turut akan dimartabatkan.

“Saya juga ingin menegaskan dalam usaha kita kehadapan khususnya dalam usaha TN50 maka kita juga berhasrat apabila kita membawa malaysia menjadi antara negara antara termaju di dunia.

“Kedudukan bahasa melayu juga akan dimartabatkan.

“Sebab itulah saya berhasrat untuk melihat bahasa Melayu jadi bahasa utama di Asean  dan jadi antara bahasa utama di peringkat global,”katanya ketika berucap pada pusingan akhir Pidato l Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2017 di PICC.

Menurutnya lagi, bahasa Melayu akan sentiasa menjadi bahasa utama yang menjadi lambang jati diri bangsa.

“Bahasa Melayu kan terus menjadi lambang jati diri bangsa,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau meluahkan kegusarannya apabila masyarakat kini menggunakan bahasa Melayu dengan tunggang-langgang.

“Apabila kita mengunakan media sosial di Facebook, Twitter dibuat secara tunggang langgang…bahasa sosial media akan menghakis kedudukan bahasa melayu.

“Saya berharap kita jangan cenderung mengunakan bahasa melayu ikut trend skang kerana ia akan menghakis martabat bahasa Melayu,”katanya.

Dalam majlis tersebut, turut hadir, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan To’ Puan Seri Che Kamariah Zakaria.

Pertandingan tersebut menyaksikan peserta dari Jepun, Lisa Shimazaki menjadi Johan Kategori Antarabangsa, Manakala Noor haqim Noor Hamiddon pula mengungguli kategori Alam Melayu dan Pelajar dari UIA, Abdul Matin pula menjadi Johan Kategori Pelajar Antarabangsa Di Malaysia.

Pemenang-pemenang masing masing menerima wang tunai bernilai RM20 ribu serta Piala Pusingan dan Piala Iringan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.