Video : ‘Haji Mabrur Atau Tak, Itu Urusan Tuhan’ – GAUM

PUTRAJAYA – Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar berkata pembangkang seringkali mensensasikan isu jemaah tidak mendapat haji mabrur kerana menunaikan haji menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pemberian kerajaan.

Beliau ketika mengulas isu itu berkata, tajaan haji itu adalah urusan Allah s.w.t dan sesiapapun tidak layak untuk menentukan amalan itu diterima atau tidak.

“Tajaan itu adalah amalan agama. Ia urusan Allah s.w.t. samada ia mabrur ataupun tidak hanya Allah sahaja yang tahu. Macam mana amalan agamapun nak disensasikan. Kita serah kepada Allah sahaja,”katanya ketika ditemui media di hadapan SPRM hari ini.

Tambahnya, rakyat Malaysia kini sudah boleh berfikir dengan minda yang terbuka dan dapat menilai isu yang sering dimainkan pembangkang.

“Rakyat di zaman Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sehingga Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) minda mereka lebih berkembang. (Ia) tak (berlaku) di zaman Mahathir (Tun Mahathir Mohamad) yang tak boleh bersuara semua takut pada ISA.

“Sekarang saya nampak dia sendiri (pembangkang) juga beri RM500 kepada rakyat. Jadi fikirlah sendiri. Rakyat boleh menilai. Sebagai contoh orang yang paling kanan dalam PKR (Rafizi Ramli) juga membuat tuduhan rasuah yang berlaku dalam kerajaan Selangor, bukan kita yang buat (tuduhan itu).

“Jadi rakyat perlu fikir yang mereka (pembangkang) sengaja mahu sensasikan tajaan 1MDB ini,”katanya.

Terdahulu, beliau mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) meminta SPRM menjalankan siasatan dan memanggil Rafizi untuk memberi keterangan bagi dua kes rasuah dan salah guna kuasa kerajaan negeri Selangor dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mengikut undang-undang tanpa memihak kepada pihak tertentu.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.