Video : GAUM Desak SPRM Heret Rafizi

PUTRAJAYA – Pengerusi Gerakan Akar Umbi Umno (GAUM), Datuk Zulkarnain Mahdar mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) supaya mengheret Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli untuk memberikan keterangan.

Beliau berkata demikian berhubung tuduhan Rafizi yang mendakwa wujudnya amalan rasuah melibatkan wang dan wanita membabitkan pimpinan kerajaan Selangor.

“Selepas hampir setahun kes ini dilaporkan namun SPRM masih tidak menyatakan perkembangan tuduhan rasuah yang telah dibuat oleh Rafizi.

“Kita desak SPRM agar mengambil perhatian yang sewajarnya membabitkan kerajaan Selangor ini,”katanya di perkarangan bangunan SPRM di sini, hari ini.

Menurutnya, beliau mahu SPRM menyiasat dakwaan tersebut memandangkan tuduhan itu daripada Rafizi sendiri yang merupakan orang kanan kepada parti itu.

Sehubungan itu beliau yang menghantar memorandum gesaan supaya SPRM mengambil tindakan atas amalan rasuah tersebut serta berhubung artikel yang ditulis Chegu Bard (Badrul Hisham Shaharin, penasihat SAMM) terhadap isu penggunaan wang Taikun yang merujuk kepada pemberian dua projek bekalan air luar bandar bernilai 53 juta oleh Datuk Seri Shafie Apdal kepada Naib Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Peter Anthony.

“Kami berharap SPRM terus menyiasat perkara ini memandangkan sehingga kini Datuk seri Shafie Apdal dan Datuk Peter Anthony belum lagi di panggil bagi memberikan keterangan berhubung kes ini,”katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai permintaan Rafizi yang meminta sumbangan rakyat berhubung saman NFC, Zulkarnain berkata Rafizi perlu minta tolong kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memandangkan beliau mempunyai banyak wang kerana telah memberikan dua bulan bonus raya kepada penjawat awam negeri itu.

“Seperti yang diketahui umum dia (Azmin) dapat elaun banyak, dua bulan bonus raya

“Jadi, saya fikir Azmin lah yang paling layak dan sesuai bantu Rafizi biarpun mereka berdua ini tak sependapat. Tak payahlah susahkan rakyat, lagi pun timbalan presiden kena bantulah naib dia,”katanya.

Terdahulu, GAUM meminta SPRM menjalankan siasatan bagi dua kes rasuah dan salah guna kuasa kerajaan negeri Selangor dan Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal mengikut undang-undang tanpa memihak kepada pihak tertentu.- SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.