Transgender Tiada Tempat Berkhidmat Dalam Tentera – Trump

WASHINGTON – Tiada tempat untuk golongan ‘transgender’ dalam perkhidmatan tentera Amerika Syarikat.

Presiden Donald Trump ketika mengumumkan perkara itu berkata, tentera seharusnya memberi tumpuan untuk mencapai “kemenangan yang luar biasa” dan tidak dibebani dengan kos perubatan, serta gangguan yang akan melibatkan kakitangan ‘transgender’.

Menurut AFP, Pentagon meletakkan anggaran antara 2.4-juta dolar hingga 8.4-juta dolar bagi kos kesihatan anggota golongan itu.

Dasar terdahulu pentadbiran Barack Obama pada 2016 membenarkan individu ‘transgender’ berkhidmat secara terbuka dalam pasukan tentera.

Sementara itu, jurucakap White House, Sarah Huckabee Sanders berkata, Pentagon dan White House akan membincangkan langkah berikutnya terhadap kakitangan ‘transgender’ yang sedang berkhidmat, seperti memetik RTM.

Kajian oleh RAND Corporation mendapati, terdapat kira-kira 2,500 anggota tentera ‘transgender’ aktif dan 1,500-golongan itu dalam pasukan simpanan.

Namun, beberapa kumpulan hak asasi manusia mengatakan jumlah tentera ‘transgender’ yang aktif, kira-kira 15,000 orang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.