Syafiq Kyle Nafi Tuduhan Dirinya Kurus Kerana Dadah

Pelakon Syafiq Kyle mengakui terkejut apabila ada pihak mendakwa dirinya mengambil dadah sehingga menyebabkan berat badannya susut.

Syafiq atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 25, berkata, penurunan berat badannya disebabkan oleh dia menjaga pemakanan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

“Saya tidak boleh cakap apa-apa kerana itu adalah hak peminat untuk bercakap sesuatu mengenai saya.

“Saya juga tidak faham bila orang kurus sahaja mesti nak dikaitkan dengan dadah.

“Dulu mungkin saya suka makan saja dan tidak mengamalkan senaman, jadi sekarang ini saya telah seimbangkan kedua-duanya supaya saya dapat mempunyai badan yang ideal dan sihat.

“Saya tidak kisah orang nak kata apa janji saya tahu apa yang dilakukan ini adalah betul,” katanya lapor Astro Gempak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.