Saintis Sedut Karbon Dioksida Untuk Sejukkan Bumi

SOSLO, Norway – Saintis menyedut gas karbon dioksida(CO2) dari utara dengan menggunakan kipas gergasi dan bersedia melepaskan bahan kimia dari sebuah belon untuk memalapkan pancaran matahari sebagai sebahagian daripada usaha kejuruteraan iklim untuk menyejukkan Bumi.

Menurut Reuters, di kawasan pedalaman dekat Zurich, syarikat Switzerland, Climeworks mula menggunakan kipas gergasi dan penapis untuk menyedut gas rumah hijau itu dari udara sejak Mei lalu, lapor Kosmo.

Projek perintis itu digelar sebagai ‘loji perangkap karbon dioksida komersial pertama di dunia’.

Usaha menyedut gas CO2 yang dilakukan oleh segelintir syarikat seperti Climeworks sejak beberapa tahun lalu mendapat pembiayaan jutaan dolar daripada pelbagai sumber termasuk kerajaan, pengasas ­Microsoft, Bill Gates dan Agensi Angkasa Lepas Eropah.

Sehubungan itu, menurut Climeworks, kos untuk menyedut satu tan CO2 dari udara adalah sekitar AS$600 (RM2,571) dengan loji itu akan mencapai kapasiti penuh 900 tan CO2 setahun pada hujung tahun ini.

Syarikat itu menjual gas CO2 tersebut kepada pengusaha rumah hijau sebagai baja dan mewujudkan perkongsian de­ngan pembuat kereta Audi yang merancang untuk menggunakan karbon dalam bahan api.

Dalam pada itu, projek memalapkan pancaran matahari oleh pasukan penyelidik Universiti Harvard yang ditubuhkan pada 2016 telah berjaya mengumpul dana daripada penderma persendirian berjumlah AS$7.5 juta (RM32.1 juta).

Penyelidikan pertama projek tersebut akan dilakukan di Arizona pada tahun 2018.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.