Rekaan Siswazah UPM Jadi Pilihan Syarikat Itali

KUALA LUMPUR ― Seorang siswazah Universiti Putra Malaysia (UPM) diberi penghormatan oleh syarikat pembuat aksesori motosikal terkemuka dari Itali, GIVI, untuk mereka bentuk beberapa produknya agar sesuai dengan keperluan pasaran tempatan.

Rozaida Ahmad Zaki, 31, yang mengambil jurusan Reka Bentuk Industri berkata produk terbaru yang direka beliau ialah kotak penyimpanan barang bersaiz kecil B32 Bold berkapasiti 32 liter sesuai untuk motosikal berkapasiti rendah 250cc ke bawah.

“Rekaan ini ringkas namun ia amat sesuai untuk keperluan pengguna tempatan khasnya kepada pengguna yang menggunakan motosikal berkuasa rendah untuk kegunaan harian mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Rozaida yang juga pereka utama bagi Givi Asia berkata, beliau turut mereka bentuk beberapa komponen helmet, pelekat topi keledar, beg sisi dan sut baju huJanuary

Menurutnya semua reka bentuk yang dihasilkan adalah bersesuaian dengan cuaca serta cara penggunaan motosikal oleh rakyat di negara ini.

Rekaan kotak penyimpanan barang itu menginspirasikan gaya terbaru di dalam pembuatan produk menggunakan bahan polipropilena (PP) sebagai bahan komponen utama sesuai dengan keadaan cuaca di Malaysia.

Pengarah urusan GIVI Asia On Hai Swee berkata reka bentuk kotak bersegi sengaja dipilih untuk B32 Bold setelah kajian mendapati ia lebih diminati sebagai trend terkini berbanding bentuk bujur dalam rekaan sebelumnya.

Beliau berkata GIVI ingin memberi pendedahan kepada pengguna motosikal berkuasa rendah tentang pentingnya keperluan kotak penyimpanan barang kepada pengguna motosikal terutama dalam kehidupan seharian.

“Bila kita perhatikan, masih ramai menggunakan motosikal berkuasa rendah mereka untuk aktiviti harian termasuk membeli-belah dan mereka perlukan lebih banyak ruang selain faktor keselamatan,” katanya. ― Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.