Penduduk Rayu SADA Atasi Masalah Bekalan Air

Kira-kira 1,000 penduduk di Kampung Pida 3 dan Pida 3 ½ di Jerlun merayu agar Syarikat Air Darulaman (SADA) mengambil langkah lebih drastik untuk menangani masalah bekalan air di kawasan mereka.

Penduduk merungut masalah bekalan air itu belum dapat diatasi walaupun aduan sering dibuat sejak sebulan lalu.

Md Noor Hamzah, 62, berkata beliau tidak lagi tahan kerana ketiadaan air menyusahkannya untuk memasak, membasuh pakaian dan mendapat air minum.

“Kami terpaksa membeli pam untuk mendapat air bawah tanah dan menggunakan air takungan dari masjid. Saya sendiri terpaksa menggerudi air di bawah tanah dengan air yang disedut itu berbau busuk dan berlumpur,” katanya.

Md Noor berkata walaupun SADA menghantar lori air namun airnya adalah terhad dan tidak mencukupi untuk beliau dan keluarganya membasuh, mencuci, mandi dan minum.

Bagi Mohd Yusof Saidin, 61, sungai di hadapan rumahnya yang jarang digunakan menjadi sumber air utama untuk beliau dan keluarganya membasuh pakaian danmandi sehingga menyebabkan badan mereka sering merasa gatal.

“Buat masa ini saya tiada pilihan untuk menyedut air di sungai dengan menggunakan pam,” katanya.

Namun Pegawai Perhubungan Awam Sada, RofediSulaiman yang dihubungi berkata masalah bekalan air berada dalam perhatian SADA dan usaha mengatasinya sedangdijalankan dengan membaiki paip utama dari Kolam Imbangan Bukit Mengkuang, Jitra yang pecah sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya juga telah memasang alat tekanan air di kolam air Padang Perahu diJitra kelmarin sebelum membuat agihan dan kawalan semula agihan air untuk penduduk.

 

“Masalah ini dijangka dapat diselesaikan dalam minggu ini,” katanya.

Beliau berkata Sada juga akan meningkatkan kekerapan penghantaran lori air daripada dua hari sekali kepada setiap hari sehingga masalah air selesai.- Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.