Malaysia Antara Negara Tarif Elektrik Terendah Di Rantau ASEAN.

KUALA LUMPUR – Tarif elektrik di Malaysia untuk segmen pengguna, kediaman, perindustrian dan komersial adalah antara yang terendah di rantau ASEAN.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan (Pembangunan Industri Elektrik dan Kawal Selia Pasaran) Suruhanjaya Tenaga, Ir. Azhar Omar berkata, segmen kediaman menikmati tarif paling rendah kerana menerima subsidi lintang daripada sektor perindustrian dan komersial.

Katanya, berbanding di ne­gara maju, tarif untuk sektor industri adalah rendah tetapi untuk pengguna domestik pula tinggi.

“Di negara lain lebih cen­derung ke arah penggunaan komersial tetapi struk­­tur tarif kita direka bentuk untuk tidak membebankan tetapi untuk membantu rakyat,” katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.

Program bertajuk Tarif Elek­trik Kekal ini telah disi­arkan pada pukul 6.15 petang pada 11 Julai lalu melalui frekuensi radio FM 93.9 MHz serta melalui platform media sosial Facebook live.

Tambah Azhar, pada 2008, peng­guna menerima rebat seba­nyak RM20 pada bil elektrik bulanan dan kerajaan menyerap caj untuk pengguna yang bil utiliti bulanan kurang daripada RM20.

“Setakat ini keraja­an mem­belanjakan RM1.049 bilion dalam pemberian rebat ter­sebut,” kata Azhar.

Menurutnya, bagi mem­bantu go­longan ber­pendapatan rendah, kerajaan juga memberi subsidi kepada pengguna dalam pelbagai cara selain rebat.

“Kos ini terus meningkat dan kita perlu berfikir bagaimana mendapatkan wang untuk membayar kepada mereka. Ketika ini dana itu diperoleh daripada pengeluar tenaga bebas yang telah menandatangani perjanjian pembelian tenaga dengan Suruhanjaya Tenaga,” katanya.

Katanya, daripada RM1.8 bili­on dalam penjimatan daripada rundingan semula, suruhanjaya itu telah menggunakan sehingga RM1.3 bilion.

“Tidak banyak yang tinggal. Oleh itu pada masa depan, kita mungkin mengenakan surcaj (ji­ka harga bahan mentah terus me­ningkat atau dalam keadaan kadar pertukaran mata wang yang tidak meng­galakkan) dan bukan lagi memberi rebat,” kata Azhar.

Menurutnya, fungsi Suruhanjaya Tenaga adalah untuk mengawal selia industri bekalan elektrik negara dengan memberi tumpuan kepada tiga perkara iaitu bekalan elektrik berdaya harap, kos yang munasabah dan selamat digunakan. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.