Lelaki Bangladesh Trauma Selepas 40 Minit Terperangkap Dalam Lif

IPOH – Anggota bomba terpaksa memujuk dan menenangkan seorang lelaki warga Bangladesh yang dalam keadaan panik dan cemas selepas terperangkap 40 minit dalam lif sebuah bangunan di sini pagi tadi.

Mangsa, Samin Boyati, 32, buruh binaan di bangunan itu yang masih dalam pembinaan, ditemui terperangkap pada jam 3.15 pagi.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh, Jamaludin Mohd Amin, berkata pihaknya bergegas ke tempat kejadian berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), sebaik dimaklumkan tiga minit kemudian.

“Sebaik tiba di lokasi anggota bomba mendapati mangsa berada dalam lif yang tersangkut antara tingkat tiga dan empat.

“Anggota bomba menggunakan peralatan khas dan menarik pemutar lif bagi mengeluarkan mangsa,” katanya ketika dihubungi. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.