Kanak-Kanak 7 Tahun Rogol Budak 6 Tahun

Seorang kanak-kanak yang berusia tujuh tahun didakwa merogol budak berusia 6 tahun.

Memetik laporan sebuah portal, difahamkan kejadian itu berlaku di Melaka dan ibu kepada mangsa telah membuat laporan polis selepas anak kecilnya mengadu sakit di kemaluannya selepas pulang dari rumah pengasuhnya pada 19 Julai lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, Asisten Komisioner Kamaluddin Kassim berkata bahawa pihak polis telah menerima laporan ibu tunggal berusia 30 tahun itu pada 20 Julai lalu. Pihak polis masih meneruskan siasatan lanjut mengenai kes ini.

Berdasarkan laporan yang telah diterima oleh pihak polis, kanak-kanak itu memberitahu ibunya bahawa ‘pipit abang’, iaitu anak lelaki pengasuhnya, yang telah menyebabkan kemaluannya terasa sakit.

Mangsa juga memberitahu bahawa anak lelaki pengasuh itu telah memasukkan beberapa jari ke dalam kemaluannya apabila tiada orang dewasa di sekeliling mereka iaitu di rumah pengasuh tersebut.

Hasil pemeriksaan lanjut di Hospital Melaka, terdapat kesan koyakan pada selaput dara kanak-kanak perempuan berkenaan.

Kedua-dua ibu bapa kanak-kanak terbabit telah dipanggil untuk disoal siasat berkaitan kes ini. Kamaluddin juga telah mengarahkan para pegawainya yang mengendalikan kes itu untuk menyiasat dengan bijak dan teliti kerana ia melibatkan kanak-kanak.

Pihak polis juga telah menggunakan boneka anak patung sepanjang soal siasat dilakukan bagi merakamkan keterangan kedua-dua kanak-kanak tersebut. Kes ini disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak Bil. 2017

Ibu bapa sekarang perlu lebih peka dengan aktiviti harian anak-anak supaya mereka tidak terlibat dengan perbuatan yang tidak bermoral ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.