Hummer H2 Berlegar Di Johor

JOHOR BAHRU – Syarikat penjual kenderaan mewah, 23 Motors Sdn. Bhd. mengesahkan seorang individu telah membeli limousin jenama Hummer H2 berharga lebih RM1 juta dengan 18 tempat duduk seperti yang tular di media sosial semalam.

Bagaimanapun, jurucakap syarikat menjual kenderaan itu menafikan kenderaan berwarna kuning itu bakal digunakan untuk perkahwinan puteri tunggal Sultan Johor iaitu Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah pada 14 Ogos ini.

Sebaliknya, jurucakap syarikat itu memberitahu, kenderaan mewah berkenaan dibeli seseorang namun dia enggan mendedahkan identiti pemiliknya dengan alasan perkara itu adalah sulit.

“Pihak kami mendapat tahu mengenai kenderaan mewah ini menjadi tular di media sosial hari ini (semalam).

“Dakwaan yang mengatakan kenderaan terbabit bakal digunakan untuk perkahwinan Tunku Tun Aminah adalah tidak benar,” katanya yang enggan dikenali, seperti memetik Kosmo.

Justeru, tambah jurucakap itu lagi, pihaknya mahu semua pengguna laman sosial menghentikan perbuatan memuat naik gambar-gambar Hummer H2 tersebut dan mendakwa ia bakal digunakan pada hari perkahwinan Tunku Tun Aminah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.