Haqiem Ambil Risiko Konsert Solo

WALAUPUN masih baru sebagai penyanyi, Haqiem Rusli optimis dengan perancangannya untuk mengadakan konsert solo pertamanya di Kuching, Sarawak yang dijangka berlangsung November ini.

Haqiem, 19 , berkata, dia juga bersedia jika ada pihak yang mempertikaikan kemampuannya untuk mengadakan konsert itu memandangkan dia baru setahun jagung bergelar penyanyi.

€œIa bukanlah konsert berskala besar. Bagi saya, kalau tak cuba kita tak akan tahu bagaimana maklum balas daripada peminat. Jadi, sebagai pendatang baru saya beranikan diri untuk mengambil risiko. Tak salah saya mencuba nasib, katanya yang popular dengan lagu Segalanya.

Menurut Haqiem, dia yakin konsert berkenaan akan berjaya berikutan mendapat reaksi positif peminatnya di Kuching.

€œSaya mendapat idea untuk mengadakan konsert itu di Kuching ketika tampil di program Gaya Raya Era anjuran Era FM Sarawak, dua minggu lalu, katanya.

Menurut Haqiem, jika konsert terbabit berjaya, dia juga akan meneruskannya di Kuala Lumpur.

Haqiem berkata, dia juga merancang untuk menghasilkan album mini yang memuatkan lima lagu sebelum tarikh konsert itu.-Hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.