Farahdhiya Terkejut Terima Banyak Gambar Lucah

Penyanyi Faradhiya terkejut menerima banyak gambar lucah daripada lelaki, termasuk seorang remaja berusia 16 tahun.

Sudah menjangkau usia 33 tahun, Farahdhiya bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Dia bagaimanpun masih menunggu jejaka yang sesuai dijadikan seorang suami dan teman sehidup semati.

Disebabkan usianya yang semakin meningkat, Farahdhiya atau nama sebenarnya, Farahdhiya Mohd. Amin tidak mahu terlalu memilih apabila berkaitan soal jodoh, asalkan bakal suaminya faham dengan kerjayanya sebagai seorang anak seni serta wajib berstatus solo, seperti memetik Kosmo.

Pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu mendedahkan bahawa dirinya diganggu banyak lelaki yang tidak dikenali dalam laman Instagram sehingga mereka sanggup menghantar gambar lucah kepadanya.

Apa yang mengejutkan buat wanita berdarah kacukan Melayu-Inggeris itu, terdapat lelaki berusia seawal 16 tahun sanggup melakukan perkara tersebut demi mendapatkan perhatiannya.

“Terlanjur bercerita, saya terkejut sangat apabila semakin ramai lelaki yang cuba untuk berkomunikasi dengan saya di laman sosial seperti Instagram dan Twitter.

“Apa yang memeranjatkan, ada antara mereka yang menghantar gambar alat sulit mereka secara peribadi dalam Instagram, misalnya.

“Pelik dan geram kerana yang menghantar gambar tidak senonoh ada yang berusia seawal usia 16 tahun. Kalau saya jahat sangat, mahu sahaja saya dedahkan mereka dalam laman Instagram, namun saya bukan jenis yang begitu,”katanya.

Diranya adakah disebabkan perkara itu membuatkan dirinya takut untuk keluar bersendirian, Faradhiya berkata tidaklah sampai takut untuk membuat laporan polis, namun dia akan elakkan keluar rumah secara bersendirian.

” Macam menaiki perkhidmatan perkongsian kenderaan seperti Uber dan Grab, saya memang tidak berani. Saya rasa lebih selamat memandu sendiri,”katanya.

Mengulas lanjut tindakannya apabila sering mendapat gambar tidak senonoh dalam laman sosial dia berkata akaun tersebut terus disekat.

“Saya akan lihat akaun-akaun yang menghantar gambar tidak senonoh dan sekat terus daripada mempunyai akses ke akaun sosial media saya seperti Instagram atau Twitter. Semoga lelaki di luar sana bersikap lebih budiman terutama buat generasi muda,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.