Aktivis ‘Asalkan Bukan UMNO’ Tak Percaya Maha Firaun Sudah Bertaubat

Sokongan aktivis pembangkang kepada penglibatan Tun Dr Mahathir bersama Pakatan Harapan tidak bermaksud pembangkang sudah memaafkan kekejaman bekas Perdana Menteri yang menyebabkan kesusahan kepada rakyat selama 22 tahun memerintah.

Aktivis Asalkan Bukan UMNO (ABU) Haris Ibrahim berkata, soal kemaafan dan dendam tidak wujud ketika ini namun harus ditegaskan bahawa pembangkang akan melupakan kekejaman Dr Mahathir.

“Saya tidak yakin dalam dua atau tiga tahun kebelakangan ini, bahawa maha firaun (Dr Mahathir) sudah bertaubat dan sudah menyucikan hatinya terhadap segala payah jerih yang dilakukan di dalam negara.

“Saya merujuk kepada topik pada hari ini, agen perubahan atau agen pemusnah, saya mengganggap Dr Mahathir sebagai dua dalam satu. Dia adalah pemusnah dan dia juga ada pembawa perubahan,” ujarnya pada forum ‘Dr Mahathir: Agen Perubahan Atau Agen Pemusnah”.

Menyokong kenyataannya itu, beliau mengimbas kembali krisis UMNO pada 1947 dimana separuh daripada ahli UMNO menentang kepimpinan Dr Mahathir.

“Perkara ini dibawa ke mahkamah, dan hakim Harun Hashim memutuskan bahawa UMNO tidak sah. Dan beliau (Dr Mahathir) kemudian membentuk UMNO baru. Konteks yang saya lihat di sini adalah UMNO lama berubah kepada UMNO baru dan Pribumi adalah UMNO terbaru,” ujarnya lagi.

Hadir sama pada forum berkenaan adalah Presiden PAN, Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Sg Siput Dr S Jeyakumar; dan aktivis aktivis demonstrasi jalanan, Hishamuddin Rais.

Ujar Hishamuddin, beliau bersetuju penglibata Dr Mahathir ke dalam Pakatan Harapan dan hasilnya kini dilihat bekas Perdana Menteri itu kini sudah mula menggegarkan kubu kuat Barisan Nasional (BN).

“Orang tanya saya “Hisham kau tahu apa agenda rahsia Mahathir?”. Macam mana saya nak tahu, ianya agenda rahsia. Setiap niat dan akidah seseorang itu.

“Niat dan akidah saya pun anda tak tahu. Malah niat dan akidah PAS pun tiada siapa tahu. Tetapi apa yang pasti Dr Mahathir kini menggegarkan FELDA,” ujarnya.

Namun, beliau berpendapat Malaysia tidak akan melihat perubahan kuasa melalui pilihan raya ekoran ianya merupakan lumrah negara dunia ketiga.

Katanya, Pakatan Harapan tetap akan kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus berkuasa.

“Dalam negara dunia ketiga, tidak akan berlaku peralihan kuasa melalui pilihan raya,” katanya pada forum “Dr Mahathir: Agen perubahan atau agen pemunah”.

Ujarnya, satu-satunya cara untuk mengubah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan lain adalah menerusi “gerakan massa”. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.