34 Buku Tercalon Dalam The Beauty And The Book Award 2017

PUTRAJAYA – Sebanyak 34 judul buku pelbagai genre terbitan Malaysia dicalonkan untuk anugerah ‘The Beauty and The Book Award 2017’ yang merupakan pilihan pembaca bagi reka bentuk buku tercantik di peringkat antarabangsa.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan hari ini berkata acara tahunan anjuran The Book Art Foundation dan The Frankfurt Book Fair (FBF) memberi peluang kepada masyarakat di seluruh dunia untuk memilih reka bentuk buku kesukaan masing-masing melalui undian secara dalam talian.

Kementerian Pendidikan mengalu-alukan seluruh rakyat Malaysia untuk memilih buku-buku yang difikirkan mempunyai peluang yang besar untuk menang di laman www.beautyandbook.com, lapor Bernama.

Undian akhir dan pengumuman pemenang akan dibuat di FBF pada 14 Okt ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.